Ekonomi Arab Saudi

Kekayaan yang sangat besar yang didapati dari minyak, sangat membantu permainan dan pembentukan kekuatan peranan dari keluarga Kerajaan Saudi baik di dalam mahupun luar negeri. Wilayah ini dahulu merupakan kawasan perdagangan terutama di kawasan Hijaz antara Yaman-Makkah-Madinah-Damsyik dan Palestin. Pertanian dikenali ketika itu dengan ladang kurma dan gandum serta ladang yang menghasilkan daging dan susu dan olahannya. Pada masa sekarang digalakkan sistem pertanian bersepadu untuk meningkatkan hasil-hasil pertanian.

Perindustrian umumnya bertumpu pada sektor Minyak bumi dan Petrokimia terutamanya selepas penemuan sumber sumber minyak pada tarikh 3 Mac 1938. Selain itu juga untuk mengatasi kesulitan sumber air selain bertumpu pada sumber air alam (oasis) juga ditubuhkan industri desalinasi Air Laut di bandar Jubail. Seiring dengan tumbuhnya ekonomi maka bandar-bandar menjadi tumbuh dan berkembang. Bandar-bandar yang terkenal di kawasan ini selain kota suci Makkah dan Madinah adalah Kota Riyadh sebagai ibu kota kerajaan, Dammam, Dhahran, Khafji, Jubail, Tabuk dan Jeddah.